Saturday, June 19, 2010

Teluk Kalong: Pantai Panjang yang Mengkagumkan

Teluk Kalong Yang Mengkagumkan

Pantai Teluk Kalong terletak hanya beberapa minit dari Pantai Telaga Simpul (20 minit dari Bandar Kemaman).

Ia merupakan sebuah pantai pilihan kerana keadaan pantainya yang panjang dan mendatar.. Banyak aktiviti terutamanya oleh Badan-badan Kerajaan diadakan disini kerana kemudahan sedia ada dan fasiliti yang disediakan..

Meriah & Selamat

Kedudukannya yang dekat dengan perkampungan juga menjadikan ia antara pantai yang selamat dan meriah. Di sini juga sangat sesuai untuk anda berjogging di sepanjang pantai.. Tapi kalau untuk mandi-manda berjaga-jaga dengan arusnya ketika ombak & angin kuat.. Mandi kat birai-birai dia dah..

Suasana Malam Yang Mengasyikkan

Pada malamnya apabila bulan mengambang, suasana di pantai ini sangat mengkagumkan. Sekali tengok macam tak percaya ianya adalah sebuah tempat di Malaysia, apa lagi di Terengganu.. Sekiranya anda adalah peminat photographer, jangan lepaskan peluang untuk snap beberapa view menarik di pantai ini..

Selamat meneroka Teluk Kalong...

Sekarang kita terus ke Pantai Penunjuk Kijal.. Jom!!!

*p/s: Anda ada pengalaman menarik di lokasi ini.. Jom sama-sama kongsikan pengalaman anda disini..

No comments:

Post a Comment

Share pengalaman anda di lokasi ini..

Related Posts with Thumbnails