Saturday, June 19, 2010

Penyu Bertelur di Pantai Teluk Mak Nik


D'Monica Bay

Pantai Teluk Mak Nik atau nama glamournya D'Monica Bay (ala-ala mat salleh gtu..) merupakan pantai pertama di Terengganu sekiranya anda memasuki Terengganu melalui pintu selatan Terengganu iaitu Kemaman. Ia mengambil masa lebih kurang 5 minit perjalanan menggunakan kereta dari Pintu Gerbang Kemaman.

Penyu Bertelur

Dalam diam, Pantai Teluk Mak Nik adalah antara tempat persinggahan penyu sehingga kini. Namun ianya tidak diwar-warkan secara besar bagi menjaga kesejahteraan hidupan 2 alam ini.. Jika anda ingin melihat penyu bertelur di sini, anda boleh dapatkan khidmat pemandu pelancong kawasan ini bagi melihatnya.. Sebab bukan semua orang tahu akan kewujudan penyu ini..

Berkelah

Di sini juga merupakan tempat yang baik untuk anda berkelah. Dengan keadaan pohon rhu yang rendang di sepanjang pantai ini, ianya pasti seronok bagi anda berlabuh disini sambil ditemani angin sepoi-sepoi bahasa.. Keadaan hampir 10 buah wakaf yang terjaga pasti membuatkan anda mempunyai banyak pilihan utk beraktiviti disini..

Aktiviti Lain

Selain berkelah, anda juga berpeluang untuk bermain bola tampar pantai & futsal. Sebanyak 4 buah gelanggang bola tampar pantai dan 2 gelanggang futsal disediakan untuk memenuhi keperluan anda sebagai pengunjung disini.. Jarang-jarang sekali kalau dapat main bola tampar pantai ok jugak ek??

Litar Motocross

Antara aktiviti lain yang anda boleh nikmati di sini adalah, melihat aksi lasak sukan permotoran Motocross. Ini kerana disini juga terdapat litar Motocross utama di Kemaman. Setiap minggu pertandingan diadakan bagi mencari bakat-bakat baru dalam sukan ini. Jadi sambil-sambil anda berkelah, bolehlah anda menyaksikan aksi lasak sukan ini. Kalau takde orang bertanding pun, petang-petang biasanya diaorang ada training kat sini..

Sata & Otok-otok Special

Haa.. Ni satu lagi yang istimewa di sini.. Sata, Otok-otok & keropok. Sebelum pulang ke tempat anda, jangan lupa untuk mencuba sata & otok-otok disini.. Sata & otok-otok di sini adalah antara sata & otok-otok yang paling best kat Malaysia ni.. Maybe kat dunia ni kot.. Fuhh, rasa die memang ngancam la... Tak dapat diungkapkan dengan kata-kata.. Rugi kalau anda tak cuba.. Dan menu ini adalah menu wajib yang akan saya jamukan kepada kawan-kawan saya sekiranya kami ke Kemaman ini. Jangn lupa cuba ye.. :)

BBQ

Set kelengkapan BBQ juga terdapat disini. Anda boleh buat BBQ pada bila-bila masa je disini.

Penginapan

Pantai ini hampir 10 minit dari Bandar Cukai. Terdapat banyak hotel, motel & rumah tumpangan di sekitar Bandar Cukai untuk anda duduki. Jadi anda boleh datang ke sini hari-hari sekiranya anda menginap di sekitar Bandar Cukai..

Ok, sekarang jom kita ke Pantai seterusnya.. Pantai Telaga Simpul

*p/s: Anda ada pengalaman menarik di lokasi ini.. Jom sama-sama kongsikan pengalaman anda disini..

No comments:

Post a Comment

Share pengalaman anda di lokasi ini..

Related Posts with Thumbnails