Saturday, June 19, 2010

Pantai Penunjuk, Kijal ; Gold Coast Malaysia

Keunikan yang Tersendiri

Pantai Penunjuk yang terletak di Kijal juga antara pantai yang sangat indah untuk anda kunjungi..

Keunikan susunan batu-batunya menjadikan pantai ini mempunyai keunikan pada kelasnya yang tersendiri.. Di waktu pagi, bagi mereka yang mementingkan penjagaan 'tenaga', anda boleh berjemur di atas batu di Pantai Penunjuk ini sambil di sinari cahaya matahari pagi.. Dan anda akan menikmati suasana yang berbeza ketika air pasang & air surut. Kepuasannya pasti tidak dapat anda tukar dengan wang ringgit..

Pantai Pilihan Penggambaran

Pantai ini juga kerap kali menjadi pilihan sesi pergambaraan diadakan.. Samada pegambaran filem, drama, iklan komersil dan tidka terlepas juga sesi fotografi perkahwinan.. Pasti ianya menjadi memori terindah bagi anda yang bergelar pengantin baru.. Bagi anda yang tak sempat bergambar kat sini, anda bolehlah tempah baju pengantin kat mana-mana, dan anda ambik la gambar anda berdua banyak-banyak kat sini.. :)

Mandi-manda di Pantai

Di pantai ini juga anda boleh mandi-manda bersama keluarga. Namun seperti biasa, anda perlu berhati-hati sewaktu ombak dan angin kuat ketika mandi di sini. Ini kerana kadang-kadang berlaku arus yang menarik pasir ke laut..

Jom kita ke destinasi seterusnya... Pantai Kemasik.. Jom!!!

*p/s: Anda ada pengalaman menarik di lokasi ini.. Jom sama-sama kongsikan pengalaman anda disini..

1 comment:

  1. Fuh.. x senang mana jugak nak buat blgo yg menarik ni..

    Tapi ape2 pun, mmg seronok & fun la..

    ReplyDelete

Share pengalaman anda di lokasi ini..

Related Posts with Thumbnails