Showing posts with label Penyu Bertelur. Show all posts
Showing posts with label Penyu Bertelur. Show all posts

Monday, June 28, 2010

TUMEC Giat Pulihara Penyu


Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (TUMEC) Rantau Abang, Terengganu adalah agensi di bawah Jabatan Perikanan yang bertanggungjawab melaksanakan aktiviti penyelidikan Penyu di Semenanjung Malaysia.

Di kalangan negara ASEAN, Malaysia telah dilantik sebagai negara peneraju dalam pengurusan dan pemuliharaan penyu.

Menurut Pegawai Projek Penyelidikan Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (TUMEC), Rantau Abang, Dungun, Terengganu, Syed Abdullah Syed Abdul Kadir, terdapat banyak aktiviti penyelidikan yang telah dijalankan oleh TUMEC.

Katanya, tujuan penyelidikan tersebut adalah untuk menstabil dan meningkatkan populasi penyu di Malaysia melalui dua pendekatan iaitu mengurangkan kematian penyu pada pelbagai peringkat hidup.

''Ia juga bertujuan untuk menghasilkan jumlah anak penyu yang maksimum untuk dilepaskan ke laut,'' katanya.

Berikut merupakan beberapa kajian yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Perikanan Malaysia atau TUMEC.

Kajian Pengurusan Pusat Penetasan Penyu

Terdapat 15 pusat penetasan penyu di negara ini iaitu Mak Kepit, Ma' Daerah, Rhu Sepuluh, Pulau Perhentian, Rantau Abang, Geliga (Terengganu), Cherating dan Pulau Tioman (Pahang), Padang Kemunting (Melaka), Segari (Perak), dan Pantai Kerachut (Pulau Pinang) dan Air Papan, Pulau Tinggi (Johor), Pulau Penyu (Sabah) dan Pulau Talang-Talang (Sarawak).

Kajian Pengurusan Pusat Penetasan Penyu adalah satu aktiviti kajian yang berterusan yang dijalankan di setiap pusat tersebut di Semenanjung Malaysia.

Tujuan kajian tersebut adalah untuk meningkatkan kadar penetasan telur-telur penyu melebihi 80 peratus dan menghasilkan anak-anak penyu yang sihat supaya selamat untuk dilepaskan ke laut.

Pemantauan Pendaratan Penyu Melalui Aktiviti Penandaan Penyu Menggunakan Inconel Tag

Kajian penandaan penyu adalah amat penting dijalankan untuk mengenal pasti populasi ibu penyu yang mendarat dan bertelur di pantai-pantai pendaratan penyu.

Dan juga untuk mengetahui corak migrasi penyu melalui maklumat yang diperolehi dari negara jiran apabila mereka menjumpai penyu yang telah ditanda tersebut.

Peralatan penandaan yang digunakan adalah inconel tag yang diimport dari Amerika.

Pada tahun 1998, penyelidik Malaysia telah diberi mandat untuk menyeragam nombor siri pada peralatan inconel tag untuk dilaksanakan di semua negara anggota ASEAN.

Misalnya Semenanjung Malaysia menggunakan nombor siri MY, Sabah (MYS), Sarawak (MYSa).

Pemantauan Pendaratan Penyu Melalui Aktiviti Penandaan Penyu Menggunakan mikrocip

Aktiviti penandaan menggunakan microcip adalah satu kaedah baru untuk menanda penyu.

Cip yang dimasukkan dalam tubuh penyu akan kekal untuk tempoh masa yang lama dan boleh dikesan dengan menggunakan peralatan pengimbas dengan merujuk kepada nombor siri pada cip tersebut.

Kos untuk melaksanakan kaedah penandaan cip agak mahal berbanding dengan mikrocip

Di Malaysia penandaan penyu menggunakan mikrocip hanya di laksanakan di pantai Mak Kepit (Pulau Redang, Terengganu) sahaja.

Kajian migrasi penyu menggunakan teknologi satelit

Malaysia adalah negara pertama di rantau Asia Tenggara yang melaksanakan kajian satelit telemetri ke atas penyu.

Kajian tersebut telah dijalankan pada bulan Ogos 1991 ke atas ibu penyu belimbing di Rantau Abang, Terengganu.

Kemudian kajian tersebut telah dijalankan pada spesies-spesies penyu agar dan karah di Terengganu, Pulau Tioman, Melaka dan Pulau Pinang.

Tujuan kajian ini adalah untuk

(i) menentukan laluan migrasi ibu penyu dari pantai pendaratan,

(ii) untuk menentukan lokasi pemakanan penyu di laut (foraging habitat)

(iii) untuk menentukan jangka masa seekor ibu penyu untuk kembali semula ke pantai pendaratan (inter-breeding period)

(iv) untuk menentukan lokasi inter-nesting habitat dan

(V) untuk menentukan jangkamasa inter-nesting period

Kajian Genetik Populasi Penyu Agar Di Rantau Asia Tenggara

Tujuan kajian adalah untuk mengenalpasti stok populasi ibu penyu agar yang mendarat dan bertelur di pantai-pantai pendaratan penyu di rantau Asia Tenggara.

Sebanyak 15 lokasi pendaratan penyu agar telah dipilih bagi persampelan tisu untuk kajian tersebut.

Kajian Kesan Suhu Ke Atas Kadar Penetasan dan Penentuan Jantina Anak Penyu Agar (Chelonia mydas)

Tujuan kajian ini adalah, untuk menentukan nilai suhu yang sesuai bagi menghasilkan peratus penetasan anak penyu yang tinggi dan untuk menentukan nilai suhu yang sesuai bagi menghasilkan jantina anak.

Kajian Pemeliharaan Penyu Dalam Takungan

Tujuan kajian adalah untuk mengenalpasti teknik terbaik dan parameter yang sesuai bagi memelihara penyu dalam takungan.

Pelan Tindakan Kebangsaan Bagi Pengurusan dan Pemuliharaan Penyu (NPOA of Sea Turtles)

NPOA of Sea Turtles telah dilancarkan/diterbitkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia pada bulan November 2007 melibatkan 16 keutamaan.

- UTUSAN

Monday, June 21, 2010

Rantau Abang; Penyu Menangis Lagi..


Rantau Abang.. Sebut saja namanya, rata-rata antara anda dah tau yg Rantau Abang adalah Pusat Penetasan Telur Penyu.. Di zaman kegemilangannya, iaitu era 60-70an, Rantau Abang adalah menjadi pilihan penyu Belimbing di Laut Cina Selatan mendarat untuk bertelur.. Keadaan pantainya yang curam, menjadikannya medan yang sesuai untuk sang penyu menetaskan telurnya..

Dan dengan kelebihan sang penyu itu, Rantau Abang menjadi pilihan ramai untuk berkelah disini kerana suasana pantai nya juga amat mengkagumkan. Dengan kesediaan chalet & penginapan yang berderet di tepi jalan di sini, ia lagi membuatkan Rantau Abang lokasi pilihan untuk berkelah..

Namun itu dahulu, suatu ketika dahulu sebelum kita belum mengenali apa itu penyu.. Namun selepas tahun demi tahun, didapati penyu semakin tidak menggemari Rantau Abang apabila telurnya kerap dicuri oleh manusia untuk dimakan. Kehadiran umat manusia yg berduyung-duyung pada suatu ketika mungkin membuatkan sang penyu stress dengan keadaan persekitaran ini.. Mungkin kata sang penyu

"Aku datang jauh2 nak bertelur, diaorang ni mari datang tengok pulak.."..


Kepupusan habitat penyu ini amat di tahap yang amat membimbangkan..

Manusia ni pun satu, dh tau penyu tu bertelur jarang2 sekali, yang pergi makan banyak2 telur penyu tu apesal..

Bagi memelihara hidupan penyu yang semakin dipinggirkan ini, pihak kerajaan telah mewujudkan Pusat Penetasan Telur Penyu di Rantau Abang.

Dan kini.. PENYU MENANGIS LAGI...

Kesian sang penyu..

Saturday, June 19, 2010

Penyu Bertelur di Pantai Teluk Mak Nik


D'Monica Bay

Pantai Teluk Mak Nik atau nama glamournya D'Monica Bay (ala-ala mat salleh gtu..) merupakan pantai pertama di Terengganu sekiranya anda memasuki Terengganu melalui pintu selatan Terengganu iaitu Kemaman. Ia mengambil masa lebih kurang 5 minit perjalanan menggunakan kereta dari Pintu Gerbang Kemaman.

Penyu Bertelur

Dalam diam, Pantai Teluk Mak Nik adalah antara tempat persinggahan penyu sehingga kini. Namun ianya tidak diwar-warkan secara besar bagi menjaga kesejahteraan hidupan 2 alam ini.. Jika anda ingin melihat penyu bertelur di sini, anda boleh dapatkan khidmat pemandu pelancong kawasan ini bagi melihatnya.. Sebab bukan semua orang tahu akan kewujudan penyu ini..

Berkelah

Di sini juga merupakan tempat yang baik untuk anda berkelah. Dengan keadaan pohon rhu yang rendang di sepanjang pantai ini, ianya pasti seronok bagi anda berlabuh disini sambil ditemani angin sepoi-sepoi bahasa.. Keadaan hampir 10 buah wakaf yang terjaga pasti membuatkan anda mempunyai banyak pilihan utk beraktiviti disini..

Aktiviti Lain

Selain berkelah, anda juga berpeluang untuk bermain bola tampar pantai & futsal. Sebanyak 4 buah gelanggang bola tampar pantai dan 2 gelanggang futsal disediakan untuk memenuhi keperluan anda sebagai pengunjung disini.. Jarang-jarang sekali kalau dapat main bola tampar pantai ok jugak ek??

Litar Motocross

Antara aktiviti lain yang anda boleh nikmati di sini adalah, melihat aksi lasak sukan permotoran Motocross. Ini kerana disini juga terdapat litar Motocross utama di Kemaman. Setiap minggu pertandingan diadakan bagi mencari bakat-bakat baru dalam sukan ini. Jadi sambil-sambil anda berkelah, bolehlah anda menyaksikan aksi lasak sukan ini. Kalau takde orang bertanding pun, petang-petang biasanya diaorang ada training kat sini..

Sata & Otok-otok Special

Haa.. Ni satu lagi yang istimewa di sini.. Sata, Otok-otok & keropok. Sebelum pulang ke tempat anda, jangan lupa untuk mencuba sata & otok-otok disini.. Sata & otok-otok di sini adalah antara sata & otok-otok yang paling best kat Malaysia ni.. Maybe kat dunia ni kot.. Fuhh, rasa die memang ngancam la... Tak dapat diungkapkan dengan kata-kata.. Rugi kalau anda tak cuba.. Dan menu ini adalah menu wajib yang akan saya jamukan kepada kawan-kawan saya sekiranya kami ke Kemaman ini. Jangn lupa cuba ye.. :)

BBQ

Set kelengkapan BBQ juga terdapat disini. Anda boleh buat BBQ pada bila-bila masa je disini.

Penginapan

Pantai ini hampir 10 minit dari Bandar Cukai. Terdapat banyak hotel, motel & rumah tumpangan di sekitar Bandar Cukai untuk anda duduki. Jadi anda boleh datang ke sini hari-hari sekiranya anda menginap di sekitar Bandar Cukai..

Ok, sekarang jom kita ke Pantai seterusnya.. Pantai Telaga Simpul

*p/s: Anda ada pengalaman menarik di lokasi ini.. Jom sama-sama kongsikan pengalaman anda disini..
Related Posts with Thumbnails