Tuesday, June 22, 2010

Loji Petronas Kerteh

Asal Usul Kerteh

Menurut orang2 lama, nama Kerteh diperolehi dari satu kisah. Sejauh mana kebenaran kisah ini saya pun tak tahu. At least ade jugak hikayat2 berkenaan asal nama Kerteh.

Kisahnya ada sepasang suami isteri yang tinggl di kawasan tersebut. Isterinya bernama Che Teh. Pada suatu hari ketika mereka membuat 'huma', Che Teh terpandang seekor kera (waktu tu first time Che Teh tengok kera). Lalu dia bertanya kepada sang suami.. " Bende apa tu bang?". Lalu menjawab la suaminya " Kera Teh..". Dan lama-lama dialog tu berubah menjadi Kerteh.. Huhu.. Kelakor jugak er crite2 zaman dulu..

Api...Api...Api...

Tapi kat sini bukan itu isunya. Isunya adalah Loji Petronas Kerteh. Sememangnya ia adalah kawasan perindustrian. Dan dicatatkan Kerteh antara Bandar yang memiliki taraf hidup yang tinggi. Ada yang kata lebih tinggi dari KL lagi.. Ini disebabkan lajuran 'emas hitam' yang pusatnya tertumpu di sini..

Walaupun ia kawasan industri, namun apabila anda melalui jalan ini (jalan utama ke Kuala Terengganu dari Kemaman), dalam 40km dari Kemaman, anda akan melihat panorama yang sangat unik dengan nyalaan api penapisan minyak yang tak pernah padam sejak dari dulu lagi.. Dan susunan loji & bangunannya menjadikan ianya satu tempat yang menarik. Masa kecik2 dulu, bila arwah abah melalui jalan ini utk pulang ke kampung di Kuala Terengganu, kami adik beradik mesti akan teruja untuk melihat api sambil melaung2.. Api... Api...Api... Kalau waktu tu kami sedang tidur pun, arwah abah mesti akan kejutkan kami supaya tidak terlepas melihat Api...Api...Api... Huhu..

Dan saya pasti anak-anak sekarang juga mesti teruja melihat Api...Api...Api.... ini.

Dan pada waktu malanya pula, keadan di sini tersangat2 terang disebabkan api besar yang menyala itu.. Dan bahang api ersebut masih terasa walaupun anda berada di tepi jalan utama.

Jadi untuk anda alamilah keseronokan di sepanjang jalan Terengganu yang takkan pernah anda boring ketika memandu..

Lain-lain berkenaan Kerteh

Sejarah

Asalnya ramai penduduk Kerteh bekerja sebagai nelayan, petani dan pekerja buatan tangan. Penangkapan ikan hanya dibuat secara kecil-kecilan dan untuk kegunaan rumah sahaja. Mereka hanya menggunakan sampan kolek sahaja ketika menangkap ikan. Tapak kawasan Loji Penapisan Minyak Terengganu asalnya ialah kawasan kebun kelapa.

  • 1920-an : Telah wujud industri membuat belacan, ikan kering dan budu. Bot nelayan semakin besar dan belayar lebih jauh ke tengah laut.

Sebelum 1979, tiada sesiapa yang singgah di Kerteh, Terengganu. Mulai 1979, pekerja Petronas mula mengukur tapak bagi pembinaan lapangan terbang baru, skim perumahan laluan saluran paip gas, dan stesen kaji cuaca.

Antara pekerja Petronas terawal ialah Encik Wahab bin Abdul Rahman yang duduk di 'rumah putih'. Mereka menjumpai kesan tapak kaki babi, rusa, beruang, dan harimau ketika kerja-kerja ukur tanah. Jambatan yang merentangi sungai tidak ada ketika itu dan kaedah yang harus digunakan ialah berenang.

  • 1960-an : Rumah-rumah kampung beratap rumbia atau zink
  • 1970-an : Pantai Laut Cina Selatan sepanjang 225 km masih tenang dan kelihatan penyu mendarat dengan tenang.
  • 1980-an : Perubahan cukup pesat di Kerteh. Istilah petroringgit, pelantar minyak, minyak mentah , gas petroleum cair digunakan.

Asal usul Kampung Labuhan, Kerteh ialah berasal daripada nama pelabuhan. Menurut orang tua yang lama menetap di situ, Pantai Ma'Daerah adalah kawasan pelabuhan penting ketika itu. Pada zaman dahulu kawasan Loji Penapisan Minyak Terengganu adalah ladang kelapa terbesar di daerah ini. Antara bukti pentingnya, ada terdapat satu perkampungan awal yang dinamakan Kampung Nyior Matir iaitu berhampiran loji yang ada sekarang ini yang mana penduduk asalnya dipindahkan ke Kampung Labuhan kerana kawasan itu adalah kawasan berhampiran loji. Penanaman kelapa bermula daripada Kampung Labohan sehinggalah di kawasan Stesen Janakuasa Elektrik Paka, merupakan salah sebuah ladang terbesar di Terengganu ketika itu. Produk utama ladang tersebut ialah kelapa kering. Hasil kelapa kering diekspot keluar negara melalui pelabuhan di Kampung Labuhan.

Sumber : Wikipedia

4 comments:

  1. Bagus...cantik..tapi masih dalam proses lagikan...Terengganu memang cantik..luv Terengganu so much....Perantau Terengganu

    ReplyDelete
  2. cantik indah....

    from...Bekamoden.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. how can i get the address of pelabuhan and the contact number

    ReplyDelete

Share pengalaman anda di lokasi ini..

Related Posts with Thumbnails