Monday, June 21, 2010

Pantai Batu Burok

Batu Burok..

Ini lah pantai paling glemer di Terengganu. Hampir semua orang di Malaysia tahu akan kewujudan pantai ni. Bila sebut je Terengganu, keluarlah nama Batu Burok. Saya pun tak tahu kenapa ia menjadi seglemer itu dalam ranking penduduk di Malaysia ni.. Mungkin sbb Batu Burok terletak paling hampir dgn Bandaraya Kuala Terengganu. Atau mungkin 20-30 tahun lepas pantai lain org tak kenal sangat lagi (sebab takde org nak teroka), dan kemudian hanya Batu Burok yang orng ingat..

Namun apa2 pun Batu Burok adalah antara pantai lama yang masih kekal menjadi tumpuan orang ramai. Keadaan di sini agak berbeza sedikit dengan pantai-pantai lain di Terengganu, sebab Batu Burok lebih menjadi tumpuan untuk mereka berehat dan lepak, maksudnya tidak terlalu fokus kepada aktiviti mandi-manda. Mungkin sebab tumpuan terlalu tinggi, jadi org segan-segan ayam nak mandi kat situ, atau mungkin jugak keadaan pantainya agak berbahaya kepada pengunjung untuk aktiviti mandi-manda. Namun walaupun tiada aktiviti mandi-manda secara besar-besaran, Batu Burok tetap menjadi pilihan utk mereka yang nak berkelah dan berehat.

Nama Batu Burok

Diriwayatkan asal nama Batu Burok ni berasal dari setompok batu besar yang agak 'klasik' (x buruk sangat pun) berada di tengah-tengah pantai tu. Jadi batu tu sebagai tanda nama pantai ini diberi. Batu Burok. Tapi sekarang ni ade lagi ke batu tu ek???? (Nanti saya dapatkan kepastian ye..)

Dengan kedudukan persisir pantainya yang memanjang dan luas, di tambah lagi dengan rimbunan pohon rhu yang melitupi permukaan pasir yang panas, disertakan dengan suasananya yang sentiasa berangin, angin sepoi-sepoi bahasa yang menyamankan, ditambah pulak lagi dengan fasiliti yang cukup lengkap di pantai ini (siap ada KFC, A&W, Gerai makan, Kolam Renang, Hotel & Penginapan, Taman Permainan, Menara Ruang Rehat, Trek Jogging, Padang Bola, Padang Bola Pantai, Naik Kuda, Main Layang-layang, Ruang Rehat/Lepak yang luas dan Dataran Pantai yang agak seronok bila berada disitu sambil melihat manusia lalu-lalang..), ia menjadikan Batu Burok pantai paling ramai dikunjungi..


Itulah Batu Burok..

No comments:

Post a Comment

Share pengalaman anda di lokasi ini..

Related Posts with Thumbnails