Tuesday, June 22, 2010

Pantai Merchang

Keindahan Sepanjang Jalan..

Lajuran Pantai Merchang menghubungkan Pantai Rantau Abang dan Pantai Marang. Ia terletak di sepanjang jalan antara Kuala Abang dan Marang. Ia terdiri dari Pantai Pasir Putih, Jambu Bongkok, Gong Balai, Merchang, dan Pulau Kerengga. Jaraknya lebih kurang 40km untuk sampai ke Marang. DI sepanjang jalan ini, anda akan menikmati pemanduan yang amat menangkan kerana anda akan melalui sepanjang jalan yang dihiasi dengan permandangan pantai yang sangat indah. Pemanduan anda di sini pasti tidak sama dengan pemduan anda di Bandaraya Kuala Lumpur yang penuh dengan jem & kelam kelibut. Pemanduan di sini merupakan pemanduan yang amat menenangkan minda dan jiwa anda. Setelah anda melalui jalan ini, samada sedar atau tidak anda akan berasa satu ketenangan yang mungkin anda belum pernah alami ketika memandu.

Pantai ini tidaklah begitu ramai pengunjung kerana ia terletak agak jauh berbanding pantai-pantai lain yang lebih dekat dengan Bandaraya kuala terengganu, namun ia tetap menjadi pilihan golongan yang tertentu, terutmanya mereka yang inginkan privasi dan ketenangan jauh dari getaran negatif manusia dan keserabutan bandar.

Jagong Segar

Di tengah2 laluan ini, lebih kurang 20km dari Kuala Abang anda akan melalui Pusat jualan Jagung. Terdapat berpuluh-puluh gerai jagong di sepanjang kawasan ini. Kawasan ni nama dia Pasir Putih. Jadi anda boleh menikmati pelbagai menu jagong disini. Ada jagung rebus, jagung bakar dan ada jagung mentah untuk anda rebus di rumah anda. Jadis ambil memandu anda boleh menikmati jagung2 ini atau anda boleh juga memilih untuk berehat di tepi pantai dna menikmati jagung ini di bawah redupan pohon kelapa disulami angin yang segar dari pantai..



In Progress...

No comments:

Post a Comment

Share pengalaman anda di lokasi ini..

Related Posts with Thumbnails