Wednesday, June 30, 2010

Kemaman; Lebai Saris di Hukum Sula

Sejarah Kemaman

Kemaman sudah mula dikenali semenjak kurun ke dua sebelum masihi. Berdasarkan peta semenanjung tanah melayu oleh ptolemy yang mencatatkan dua buah pelabuhan di pantai timur iaitu primula (Kuala Terengganu) dan kole (Kemaman)

Che Wan Teh.. Bangsawan Pahang ke Kemaman

Dari segi sejarah tempatan, Daerah Kemaman mula di terokai kira-kira 300 tahun yang lalu oleh Che Wan Teh iaitu bangsawan Pahang yang Berhijrah dari Kuala Pahang berikuyan kekacauan dan huru hara di sana.

Beliau telah membuka penempatan pertama di kawasan pantai di Kampung Bukit Mengkuang. Setelah itu, Che Wan Teh telah berpindah dan membuka Perkampungan di Tanjung Geliga. Walau bagaimanapun, Penempatan baru ini sering di ancam lanun dan perompak yang menyebabkan Che Wan Teh dan pengikutnya telah sekali lagi berpindah dan meneroka kawasan baru di Kampung Cukai.

Asal Usul Kemaman

Pembukaan Daerah Kemaman juga di kaitkan dengan Bangsawan Pattani yang di kenali sebagai Lebai Saris pada awal abad ke-19 semasa Terengganu dibawah pemerintahan Sultan Ahmad (1808 - 1830). Lebai Saris dan Pengikutnya telah datang ke Kemaman dan meneroka Kawasan penempatan di Kampung Nyor, Lebai Saris juga dikaitkan sebagai orang yang telah memberi perkataan "Kemaman" iaitu gabungan perkataan-perkataan "Kera" dan "Pokok Maman". Tidak dapat dinafikan bahawa Lebai Saris telah memainkan peranan penting dalam Pembukaan Daerah Kemaman secara lebih meluas di antara Kampung Mak Cili, Kampung Mat Lagam, Kampung Pasir Tengku dan Kampung Jabor.

Lebai Saris dihukum Sula

Penduduk Daerah Kemaman telah bertambah dan kekuasaan lebai Saris semakin teserlah. Berikutan itu, timbul fitnah menyatakan Lebai Saris tidak mahu lagi tunduk kepada Yang di Pertuan Terengganu. Oleh itu Sultan Ahmad telah menghantar Engku Kembal untuk melawan kekuatan Lebai Saris yang di ketuai oleh anaknya Abu Bakar . Dengan tipu muslihat, Engku Kembal telah berjaya menewaskan Lebai Saris dan anaknya. Kedua-dua mereka dianggap penderhaka dan di hukum sula dengan suda nipah.


Sumber : PTKemaman

Monday, June 28, 2010

TUMEC Giat Pulihara Penyu


Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (TUMEC) Rantau Abang, Terengganu adalah agensi di bawah Jabatan Perikanan yang bertanggungjawab melaksanakan aktiviti penyelidikan Penyu di Semenanjung Malaysia.

Di kalangan negara ASEAN, Malaysia telah dilantik sebagai negara peneraju dalam pengurusan dan pemuliharaan penyu.

Menurut Pegawai Projek Penyelidikan Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (TUMEC), Rantau Abang, Dungun, Terengganu, Syed Abdullah Syed Abdul Kadir, terdapat banyak aktiviti penyelidikan yang telah dijalankan oleh TUMEC.

Katanya, tujuan penyelidikan tersebut adalah untuk menstabil dan meningkatkan populasi penyu di Malaysia melalui dua pendekatan iaitu mengurangkan kematian penyu pada pelbagai peringkat hidup.

''Ia juga bertujuan untuk menghasilkan jumlah anak penyu yang maksimum untuk dilepaskan ke laut,'' katanya.

Berikut merupakan beberapa kajian yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Perikanan Malaysia atau TUMEC.

Kajian Pengurusan Pusat Penetasan Penyu

Terdapat 15 pusat penetasan penyu di negara ini iaitu Mak Kepit, Ma' Daerah, Rhu Sepuluh, Pulau Perhentian, Rantau Abang, Geliga (Terengganu), Cherating dan Pulau Tioman (Pahang), Padang Kemunting (Melaka), Segari (Perak), dan Pantai Kerachut (Pulau Pinang) dan Air Papan, Pulau Tinggi (Johor), Pulau Penyu (Sabah) dan Pulau Talang-Talang (Sarawak).

Kajian Pengurusan Pusat Penetasan Penyu adalah satu aktiviti kajian yang berterusan yang dijalankan di setiap pusat tersebut di Semenanjung Malaysia.

Tujuan kajian tersebut adalah untuk meningkatkan kadar penetasan telur-telur penyu melebihi 80 peratus dan menghasilkan anak-anak penyu yang sihat supaya selamat untuk dilepaskan ke laut.

Pemantauan Pendaratan Penyu Melalui Aktiviti Penandaan Penyu Menggunakan Inconel Tag

Kajian penandaan penyu adalah amat penting dijalankan untuk mengenal pasti populasi ibu penyu yang mendarat dan bertelur di pantai-pantai pendaratan penyu.

Dan juga untuk mengetahui corak migrasi penyu melalui maklumat yang diperolehi dari negara jiran apabila mereka menjumpai penyu yang telah ditanda tersebut.

Peralatan penandaan yang digunakan adalah inconel tag yang diimport dari Amerika.

Pada tahun 1998, penyelidik Malaysia telah diberi mandat untuk menyeragam nombor siri pada peralatan inconel tag untuk dilaksanakan di semua negara anggota ASEAN.

Misalnya Semenanjung Malaysia menggunakan nombor siri MY, Sabah (MYS), Sarawak (MYSa).

Pemantauan Pendaratan Penyu Melalui Aktiviti Penandaan Penyu Menggunakan mikrocip

Aktiviti penandaan menggunakan microcip adalah satu kaedah baru untuk menanda penyu.

Cip yang dimasukkan dalam tubuh penyu akan kekal untuk tempoh masa yang lama dan boleh dikesan dengan menggunakan peralatan pengimbas dengan merujuk kepada nombor siri pada cip tersebut.

Kos untuk melaksanakan kaedah penandaan cip agak mahal berbanding dengan mikrocip

Di Malaysia penandaan penyu menggunakan mikrocip hanya di laksanakan di pantai Mak Kepit (Pulau Redang, Terengganu) sahaja.

Kajian migrasi penyu menggunakan teknologi satelit

Malaysia adalah negara pertama di rantau Asia Tenggara yang melaksanakan kajian satelit telemetri ke atas penyu.

Kajian tersebut telah dijalankan pada bulan Ogos 1991 ke atas ibu penyu belimbing di Rantau Abang, Terengganu.

Kemudian kajian tersebut telah dijalankan pada spesies-spesies penyu agar dan karah di Terengganu, Pulau Tioman, Melaka dan Pulau Pinang.

Tujuan kajian ini adalah untuk

(i) menentukan laluan migrasi ibu penyu dari pantai pendaratan,

(ii) untuk menentukan lokasi pemakanan penyu di laut (foraging habitat)

(iii) untuk menentukan jangka masa seekor ibu penyu untuk kembali semula ke pantai pendaratan (inter-breeding period)

(iv) untuk menentukan lokasi inter-nesting habitat dan

(V) untuk menentukan jangkamasa inter-nesting period

Kajian Genetik Populasi Penyu Agar Di Rantau Asia Tenggara

Tujuan kajian adalah untuk mengenalpasti stok populasi ibu penyu agar yang mendarat dan bertelur di pantai-pantai pendaratan penyu di rantau Asia Tenggara.

Sebanyak 15 lokasi pendaratan penyu agar telah dipilih bagi persampelan tisu untuk kajian tersebut.

Kajian Kesan Suhu Ke Atas Kadar Penetasan dan Penentuan Jantina Anak Penyu Agar (Chelonia mydas)

Tujuan kajian ini adalah, untuk menentukan nilai suhu yang sesuai bagi menghasilkan peratus penetasan anak penyu yang tinggi dan untuk menentukan nilai suhu yang sesuai bagi menghasilkan jantina anak.

Kajian Pemeliharaan Penyu Dalam Takungan

Tujuan kajian adalah untuk mengenalpasti teknik terbaik dan parameter yang sesuai bagi memelihara penyu dalam takungan.

Pelan Tindakan Kebangsaan Bagi Pengurusan dan Pemuliharaan Penyu (NPOA of Sea Turtles)

NPOA of Sea Turtles telah dilancarkan/diterbitkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia pada bulan November 2007 melibatkan 16 keutamaan.

- UTUSAN

Rantau Abang Disumpah Penyu Batu..

KIRA-KIRA 20 tahun lalu, Mohamad Salleh, 64, atau lebih dikenali sebagai Pak Nor, boleh memungut lebih 9,000 biji telur penyu setiap malam di sekitar pantai Rantau Abang, Dungun, Terengganu.

Batu berbentuk penyu (Ibu Penyu) dipercayai sebagai punca hadirnya penyu di Rantau Abang.

Ketika itu biasanya dari bulan Jun hingga Oktober, rutin Pak Nor ialah berjaga hingga ke subuh menanti kehadiran penyu. Adakalanya jumlah penyu yang naik untuk bertelur mencecah 200 ekor setiap malam.

Hari ini, Rantau Abang hanyalah sebuah perkampungan biasa yang sunyi. Kadangkala pemandu yang melalui kawasan tersebut hampir terlupa ia pernah menjadi tumpuan ramai suatu masa dahulu.

Bagi bekas pemungut telur penyu seperti Pak Nor, pendaratan penyu selama ini kononnya dikaitkan dengan kewujudan sebuah batu menyerupai bentuk penyu di atas Bukit Cik Hawa di situ.

Walaupun ada yang menganggapnya sebagai tidak masuk akal, cakap-cakap mengenai ‘hubungan’ batu itu dengan kehadiran penyu tidak pernah dinafikan oleh golongan tua di kampung berkenaan.

Berdasarkan cerita dari mulut ke mulut, seekor penyu gergasi datang dari laut dan naik ke atas bukit tersebut. Ia akhirnya bertukar menjadi batu.

Penyu jantan dalam sungai

“Sejak kecil lagi saya dah dengar cerita mengenai batu itu. Orang kata, selama ini penyu datang bertelur di Rantau Abang kerana ada ‘ibu penyu’ di atas bukit itu,” katanya membuka cerita.


Namun, sehingga kini tidak ada siapa tahu bila dan siapa yang menemui batu sepanjang kira-kira 3.5 meter tersebut.

Menurut Pak Nor, tahun 70-an dan 80-an dianggap sebagai kemuncak pendaratan pelbagai spesies penyu seperti agar, belimbing dan lipas di kawasan pantai berkenaan.

Calet dan rumah tumpangan penuh sesak dengan pelancong dari dalam dan luar negara. Mereka ghairah untuk melihat sendiri pelbagai jenis penyu merangkak naik ke pantai dan kemudian membuat lubang untuk bertelur.

“Waktu itu memang meriah, saya sendiri kerja sampingan mengutip telur penyu dengan upah RM100 setiap bulan selain kerja tetap sebagai nelayan,” katanya.

Namun, kerancakan Pak Nor bercerita mengenai penyu terhenti seketika apabila ditanya mengapa kini kehadiran haiwan itu sekadar jadi kenangan di Rantau Abang.

“Ada orang percaya batu penyu itu sudah ‘mati’ dan rosak sebab dulu ramai yang datang melihat dan menyentuhnya. Sesetengah orang menganggap itulah punca penyu sudah tak datang lagi,” katanya.

Ujarnya, sebelum ini batu tersebut berbentuk seakan-akan seekor penyu, namun lama-kelamaan ia mula hilang bentuk ekoran batunya mulai pecah dan diambil orang.

Menurut Pak Nor, sebenarnya ada dua buah batu penyu di Rantau Abang. Satu lagi tertanam di dalam sungai di laluan masuk ke Bukit Cik Hawa tetapi ramai yang tidak menyedarinya.

Ujarnya, walaupun ada usaha pihak tertentu mencari dan menaikkan batu tersebut, sehingga kini ia tidak berhasil, malah lokasi sebenarnya juga menjadi tanda tanya.

“Menurut cerita, batu penyu di dalam sungai itu adalah penyu jantan. Pasangannya ialah batu penyu di atas bukit yang merupakan penyu betina,” katanya.

Pelancong buat maksiat

Selain teori kewujudan batu penyu tersebut, ada juga yang percaya ‘kekotoran’ yang dibawa oleh pelancong ke kawasan itu satu ketika dahulu mengundang padah kepada Rantau Abang.


GENERASI kini semakin sukar melihat penyu mendarat di Rantau Abang.

Menurut seorang penduduk, Hanatrah Seman, 35, sesetengah penduduk percaya penyu enggan menjejakkan kaki ke kawasan itu kerana banyak aktiviti maksiat dan tidak sihat di kawasan itu pada masa itu.

“Dulu ada yang datang berpasangan dan minum arak semasa menginap di kawasan ini. Orang tua ada yang menyalahkan perbuatan tersebut punca kemunduran kawasan ini,” kata pengusaha Kedai Makan Suhana ini.

Ujar Hanatrah, penyu pernah memberi kesenangan kepada keluarganya apabila kedai makan mereka mendapat keuntungan besar berikutan kehadiran pelancong pada musim penyu bertelur.

“Dulu kedai kami dibuka dari pukul 6 pagi sampai 5 pagi keesokannya sebab ramai yang datang untuk melihat penyu bertelur.

“Pada masa itu memang tak menang tangan melayan pelanggan dan boleh dapat sampai RM1,000 sehari. Bayangkan RM1,000 pada masa itu, memang besar nilainya,” katanya.

Menurut Hanatrah yang mewarisi kedai itu daripada orang tuanya, pada masa ini bukan sahaja penyu sudah tidak kelihatan malah sukar untuk mendapat RM100 sehari walaupun berniaga sehari suntuk.

Bagaimanapun, sebagai generasi muda, Hanatrah mempunyai pandangan tersendiri mengenai kemerosotan jumlah penyu dan ia bukan semata-mata akibat ‘sumpahan’ batu penyu.

Baginya pencemaran dan penggunaan pukat oleh nelayan secara berleluasa adalah punca yang menyumbang kepupusan haiwan tersebut


Sumber : Kosmo

Wednesday, June 23, 2010

Marang, Bandar Sotong Besar

Asal Usul Marang..

Pelbagai cerita dan dongeng dikaitkan dengan asal usul nama daerah Marang ini, di antaranya yang menarik nya ialah dipercayai ianya berasal daripada nama seorang peniaga keturunan Cina yang sangat terkenal pada masa dulu. Peniaga ini dipanggil Ma dan beliau tinggal di kuala sungai. Diceritakan beliau adalah seorang pengusaha hasil laut yang di keringkan seperti ikan dan sotong. Pada masa itu di kediaman beliau di terdapat banyak tempat jemuran hasil -hasil laut tadi yang dipanggil "rang" oleh penduduk tempatan. Dipercayai oleh kerana banyak nya "rang" itu dan terkenal nya pengusaha cina yang bernama Ma tadi maka terbitlah nama Marang yang sehinga kini diguna pakai.

Tuesday, June 22, 2010

Bukit Bauk, Dungun

Tempat Keras

Dengar saje nama Bukit Bauk, hampir semua rakyat Terengganu pasti memikirkan tentang bahayanya laluan di jalan ini pada suatu ketika dahulu. Ini disebabkan Bukit Bauk antara jalan maut yang sering terjadi kejadiaan yang ttidak diingini. Saudara saya sendiri pun ada yang meninggal akibat kemalangan di Bukit Bauk pada 5 tahun lepasselepas kereta yang dipandunya terbabas... Itu belum termasuk kisah2 yang larut malam lagi... Ala2 jangan pandang belakang gitu..

Tapi itu dulu, sebelum jalan utama di Bukit Bauk di baik pulih. Selekohnya telah ditingkatkan dengan membina jalan baru di situ.. Sekarang jalannya sangat elok untuk pengguna kenderaan melalui jalan itu.

Taman Rekreasi

Tapi bukan isu ini yang mahu dikongsikan di sini.. Isunya adalah berkaitan dengan Taman Rekreasi Bukit Bauk. Tempat yang dahulu agak seram dikunjung kini menjadi pilihan orang2 Dungun dan Paka untuk beriadah.

Pagi-pagi di hujung minggu kelihatan penuh dengan manusia berkunjung ke Bukit Bauk untuk berjogging dan mendaki Bukit tinggi di Bukit Bauk. Tidak kurang juga pada petangnya.. Suasananya yang dikelilingi hutan dan pokok menyebabkan udara di Bukit Bauk sangat segar..

Di sebelah malam minggu pula, Bukit Bauk menjadi pilihan golongan muda berkereta 'badi' sound kereta siapa paling hebat.. Jadi sekarang Bukit Bauk sentiasa dipenuhi dengan pengunjung tak kira siang atau malam..

Jadi bagi anda yg melalui Bukit Bauk, boleh la singgah sebentar di Bukit Bauk bagi menikmati udara segarnya..

Bukit Bauk berada di laluan utama diantara Pekan Paka dan Bandar Dungun. Bila tengok ada jalan2 berselekoh dan dikelilingi hutan berbukit tu, ha itulah dia Bukit Bauk..

Makan Tengahhari di Kuala Kemaman

Kuala Kemaman..

Selain terkenal dengan sata & perkampungan nelayan, di Kuala Kemaman ada sebuah warung pilihan untuk anda makan tengah hari.. Lauknya memang santai.. Ikan2 segar Masakan kampung gitu.. Suasananya yang permai di bawah rimbunan pokok dan bersebelah dengan Sungai Kemaman membuatkan makan tengah hari anda pada hari itu penuh bermakna.. Tapi jam 3 petang cnfirm lauknya akan habis..

In Progress...

Kemaman, Bandar Kopitiam

Bandar Kopitiam

Selain dari pantai yang cantik, Kemaman juga terkenal dengan nama Bandar Kopitiam. Ini disebabkan Kopitiam tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Mungkin disebabkan kesedapan Kopi Kemaman. Antara Kopitiam yang paling lama berada di Kemaman adalah Hai Peng. Orang Kemaman kalau tak kenal Hai Peng tak taulah jawabnya..

Hai Peng dimiliki oleh seorang tua bernama Wui Hai Peng (nama ni aku rembat je, nanti aku cari nama sebenar dia). Kalu anda pekena kopi kat Kopitiam, anda akan lihat seorang cina tua bertongkat pakai baju pagoda termenung kat depan Hai Peng tu... Tu la Wui Hai Peng tu..


"Kan aku dah cakap dia ada kat situ... :)"






Hai Peng juga ada sejarahnya yang tersendiri. DIfahamkan ketika di awal pembukaan Kemaman, Hai Peng adalah................. -bersambung

Loji Petronas Kerteh

Asal Usul Kerteh

Menurut orang2 lama, nama Kerteh diperolehi dari satu kisah. Sejauh mana kebenaran kisah ini saya pun tak tahu. At least ade jugak hikayat2 berkenaan asal nama Kerteh.

Kisahnya ada sepasang suami isteri yang tinggl di kawasan tersebut. Isterinya bernama Che Teh. Pada suatu hari ketika mereka membuat 'huma', Che Teh terpandang seekor kera (waktu tu first time Che Teh tengok kera). Lalu dia bertanya kepada sang suami.. " Bende apa tu bang?". Lalu menjawab la suaminya " Kera Teh..". Dan lama-lama dialog tu berubah menjadi Kerteh.. Huhu.. Kelakor jugak er crite2 zaman dulu..

Api...Api...Api...

Tapi kat sini bukan itu isunya. Isunya adalah Loji Petronas Kerteh. Sememangnya ia adalah kawasan perindustrian. Dan dicatatkan Kerteh antara Bandar yang memiliki taraf hidup yang tinggi. Ada yang kata lebih tinggi dari KL lagi.. Ini disebabkan lajuran 'emas hitam' yang pusatnya tertumpu di sini..

Walaupun ia kawasan industri, namun apabila anda melalui jalan ini (jalan utama ke Kuala Terengganu dari Kemaman), dalam 40km dari Kemaman, anda akan melihat panorama yang sangat unik dengan nyalaan api penapisan minyak yang tak pernah padam sejak dari dulu lagi.. Dan susunan loji & bangunannya menjadikan ianya satu tempat yang menarik. Masa kecik2 dulu, bila arwah abah melalui jalan ini utk pulang ke kampung di Kuala Terengganu, kami adik beradik mesti akan teruja untuk melihat api sambil melaung2.. Api... Api...Api... Kalau waktu tu kami sedang tidur pun, arwah abah mesti akan kejutkan kami supaya tidak terlepas melihat Api...Api...Api... Huhu..

Dan saya pasti anak-anak sekarang juga mesti teruja melihat Api...Api...Api.... ini.

Dan pada waktu malanya pula, keadan di sini tersangat2 terang disebabkan api besar yang menyala itu.. Dan bahang api ersebut masih terasa walaupun anda berada di tepi jalan utama.

Jadi untuk anda alamilah keseronokan di sepanjang jalan Terengganu yang takkan pernah anda boring ketika memandu..

Lain-lain berkenaan Kerteh

Sejarah

Asalnya ramai penduduk Kerteh bekerja sebagai nelayan, petani dan pekerja buatan tangan. Penangkapan ikan hanya dibuat secara kecil-kecilan dan untuk kegunaan rumah sahaja. Mereka hanya menggunakan sampan kolek sahaja ketika menangkap ikan. Tapak kawasan Loji Penapisan Minyak Terengganu asalnya ialah kawasan kebun kelapa.

  • 1920-an : Telah wujud industri membuat belacan, ikan kering dan budu. Bot nelayan semakin besar dan belayar lebih jauh ke tengah laut.

Sebelum 1979, tiada sesiapa yang singgah di Kerteh, Terengganu. Mulai 1979, pekerja Petronas mula mengukur tapak bagi pembinaan lapangan terbang baru, skim perumahan laluan saluran paip gas, dan stesen kaji cuaca.

Antara pekerja Petronas terawal ialah Encik Wahab bin Abdul Rahman yang duduk di 'rumah putih'. Mereka menjumpai kesan tapak kaki babi, rusa, beruang, dan harimau ketika kerja-kerja ukur tanah. Jambatan yang merentangi sungai tidak ada ketika itu dan kaedah yang harus digunakan ialah berenang.

  • 1960-an : Rumah-rumah kampung beratap rumbia atau zink
  • 1970-an : Pantai Laut Cina Selatan sepanjang 225 km masih tenang dan kelihatan penyu mendarat dengan tenang.
  • 1980-an : Perubahan cukup pesat di Kerteh. Istilah petroringgit, pelantar minyak, minyak mentah , gas petroleum cair digunakan.

Asal usul Kampung Labuhan, Kerteh ialah berasal daripada nama pelabuhan. Menurut orang tua yang lama menetap di situ, Pantai Ma'Daerah adalah kawasan pelabuhan penting ketika itu. Pada zaman dahulu kawasan Loji Penapisan Minyak Terengganu adalah ladang kelapa terbesar di daerah ini. Antara bukti pentingnya, ada terdapat satu perkampungan awal yang dinamakan Kampung Nyior Matir iaitu berhampiran loji yang ada sekarang ini yang mana penduduk asalnya dipindahkan ke Kampung Labuhan kerana kawasan itu adalah kawasan berhampiran loji. Penanaman kelapa bermula daripada Kampung Labohan sehinggalah di kawasan Stesen Janakuasa Elektrik Paka, merupakan salah sebuah ladang terbesar di Terengganu ketika itu. Produk utama ladang tersebut ialah kelapa kering. Hasil kelapa kering diekspot keluar negara melalui pelabuhan di Kampung Labuhan.

Sumber : Wikipedia

KSB - Kemaman Supply Base

In Progress...

Durian Kijal

In Progress...

Klip-klip Yak Yoh

In Progress...

Zoo Kemaman

In Progress...

Pantai Merchang

Keindahan Sepanjang Jalan..

Lajuran Pantai Merchang menghubungkan Pantai Rantau Abang dan Pantai Marang. Ia terletak di sepanjang jalan antara Kuala Abang dan Marang. Ia terdiri dari Pantai Pasir Putih, Jambu Bongkok, Gong Balai, Merchang, dan Pulau Kerengga. Jaraknya lebih kurang 40km untuk sampai ke Marang. DI sepanjang jalan ini, anda akan menikmati pemanduan yang amat menangkan kerana anda akan melalui sepanjang jalan yang dihiasi dengan permandangan pantai yang sangat indah. Pemanduan anda di sini pasti tidak sama dengan pemduan anda di Bandaraya Kuala Lumpur yang penuh dengan jem & kelam kelibut. Pemanduan di sini merupakan pemanduan yang amat menenangkan minda dan jiwa anda. Setelah anda melalui jalan ini, samada sedar atau tidak anda akan berasa satu ketenangan yang mungkin anda belum pernah alami ketika memandu.

Pantai ini tidaklah begitu ramai pengunjung kerana ia terletak agak jauh berbanding pantai-pantai lain yang lebih dekat dengan Bandaraya kuala terengganu, namun ia tetap menjadi pilihan golongan yang tertentu, terutmanya mereka yang inginkan privasi dan ketenangan jauh dari getaran negatif manusia dan keserabutan bandar.

Jagong Segar

Di tengah2 laluan ini, lebih kurang 20km dari Kuala Abang anda akan melalui Pusat jualan Jagung. Terdapat berpuluh-puluh gerai jagong di sepanjang kawasan ini. Kawasan ni nama dia Pasir Putih. Jadi anda boleh menikmati pelbagai menu jagong disini. Ada jagung rebus, jagung bakar dan ada jagung mentah untuk anda rebus di rumah anda. Jadis ambil memandu anda boleh menikmati jagung2 ini atau anda boleh juga memilih untuk berehat di tepi pantai dna menikmati jagung ini di bawah redupan pohon kelapa disulami angin yang segar dari pantai..



In Progress...

Jagong saje..

In Progress...

Pulau Kambing Water Front

In Progress...

Airport Telaga Batin

In Progress...

Dataran Shahbandar

In Progress...

Istana Maziah

In Progress..

Monday, June 21, 2010

Kuih Tradisional

Net Bat

Dulu Kini dan Selamanya.....

Kuih tradisi zaman berzaman. Net Bat ataupun Nekbak.. Saya pun tak tahu macamana ejaan sebenarnya.. Tp sebutannya gitu la bunyinya, Nekbak.

Nekbak menjadi tradisi kuih tradisional di Terengganu. Ia hanya dijumpai pada bulan puasa sahaja (bulan lain ade jugak tp susah la nk dapat).. Tp time bulan puasa, fuh nekbak akan menjadi rebutan ramai..

Bayangkan kat kg saya shj, selang sebuah rumah mesti ada tokey nekbak.. Termasuk la kedua-dua Nenek (Tok) belah Mak & Ayah saya pada suatu ketika dahulu.. Waktu tu saya jadi tukang 'epuk' telur sebelum diletak atas sarang dia.. Sekarang diaorg dh uzur, xleh nk buat nekbak doh..

Namun yang menjadi persoalannya, kenapa kebanyakan golongan muda masa kini tidak menggemari akan nekbak ini???

Adakah arus kemodenan telah meneggelamkan keglemeran nekbak?
atau..
Adakah citarasa nekbak hanya untuk kaum yang sezaman dengannya?
atau..
Adakah orang sekarang kurang makan makanan manis-manis (jaga kesihatan konon)??
atau..
Adakah nekbak diboikot di atas glemernye yang tersendiri??
atau..
Adakah ????

Walau apa pun jawapannya, walau sebesar manapun kontroversi nekbak ini, bila tiba time puasa je mesti saya pergi cari jugak walau sesuap 2... Huhu..

Itulah penangan nekbak..

Untuk anda yg belum pernah cuba nekbak, boleh la datang ke Terengganu waktu bulan puasa. Tp time tu nekbak hanya dibenarkan makan pada waktu berbuka dan malam sahaj. Siang hari tidak dibenarkan..

Ok, sekian sahaja salasilah Nekbak..

Tradisi yg Kontroversi..

Tasik Kenyir.. Kesegaran Flora & Fauna


In Progress....

Monsoon Cup.. Martabatkan Terengganu ke Mata Dunia


In Progress....

Masjid - Masjid Tersergam Indah di Terengganu


In Progress....

Taman Tamadun Islam TTI.. Arab in Terengganu

In Progress....

Muzium Terengganu.. Tinggalan Zaman..


In Progress....

Sata & Otok-Otok Kemaman

Fuhh... Kesedapannya Tiada Tandingan

Rugi kalau anda datang ke Terengganu tapi tak cuba rasa Sata & Otok-otok Kemaman. Dekat lain ade jugak sata & otok-otok, tapi pasti takleh lawan yang kat Kemaman punya.. Memang rasa dia.. Fuh, mak aiiii.... Tak dapat dibayangkan kesedapannya.. Sehingga menjilat kari..




Macamana Nak Pergi?


Anda masuk Kemaman pergi ke Kuala Kemaman atau Geliga. Kalau nak senang masuk ikut Masjid Geliga. Ala masjid besar yang kat tepi jalan tu. Masjid ni sebelah kiri kalu nak ke Kuantan,maknanya sebelah kanan la kalau kita nak ke Kuala Terengganu. Kalau dari Kuantan, lepas masjid tu ada simpang ke kanan. Anda masuk simpang tu, jalan terus sampai jumpa simpang tiga. Kat simpang tiga tu, belok kanan dan anda terus jalan sehingga 1km lebih kurang. Dan anda perasan di sebelah kanan anda ada warung sata & otok-otok. Kat sini la tempatnya warung sata & otok-otok ni. Kawasan ni nama dia Kuala Kemaman. Tempat ni memang Glemer dengan sata & otok-otoknya yang sangat sangat sangat best...Che Wan Aziz nama warung tu.. Konpem jumpe nye sebab situ orang sentiasa penuh. Kalau kt situ penuh atau habis, anda boleh la cari di sepanjang jalan tu kat gerai mana-mana.. Tp rasanya off course la tak berapa nak sama..

Sata

Sata dia sangat sedap rasanya.. Kalu makan satu mesti nak lagi.. Memang sata ni resipiturun temurun keluarga Che Wan.. Ade jugak yang sanggup turun dari KL semata-mata nak makan sata Kemaman.. Memang bukan sorang dua macam tu. Sata punya pasal... :)

Otok-otok

Otok-otok dia pun rasa memang takleh lupa la..Kalau anda biasa makan otok-otok kempas dll, isinya dah digaul dengan tepung kan? Tapi kat sini dia ambik isi ikan dan dicampurkan dengan rempah yang merah-merah pedas dan dibakarnya sehingga sesedap rasa.. Dan rasa dia.. Fuh sangat mengujakan..

Ok jangan lupa cuba ya.. Sata & Otok-otok.

Anda pasti takkan jupa rasa sata & otok-otok ni kat tempat/negeri lain..


Pasar Payang.. Menjulang Tradisi, Martabatkan ekonomi..


In Progress....

Kepok Lekor Sedap Kali


In Progress....

Nasi Dagang Special


In Progress....

Air Terjun Sekayu


In Progress....

Lata Tembakah

In Progress....

Pulau Kapas


In Progress....

Pulau Redang


In Progress....

Pulau Perhentian


In Progress....

Air Terjun Cemerong.. Tertinggi di Asia


In Progress....

Pantai Bukit Kluang

In Progress...

Pantai Merang

In Progress...

Pantai Air Tawar

In Progress....

Pantai Tok Jembal

In Progress....

Pantai Batu Burok

Batu Burok..

Ini lah pantai paling glemer di Terengganu. Hampir semua orang di Malaysia tahu akan kewujudan pantai ni. Bila sebut je Terengganu, keluarlah nama Batu Burok. Saya pun tak tahu kenapa ia menjadi seglemer itu dalam ranking penduduk di Malaysia ni.. Mungkin sbb Batu Burok terletak paling hampir dgn Bandaraya Kuala Terengganu. Atau mungkin 20-30 tahun lepas pantai lain org tak kenal sangat lagi (sebab takde org nak teroka), dan kemudian hanya Batu Burok yang orng ingat..

Namun apa2 pun Batu Burok adalah antara pantai lama yang masih kekal menjadi tumpuan orang ramai. Keadaan di sini agak berbeza sedikit dengan pantai-pantai lain di Terengganu, sebab Batu Burok lebih menjadi tumpuan untuk mereka berehat dan lepak, maksudnya tidak terlalu fokus kepada aktiviti mandi-manda. Mungkin sebab tumpuan terlalu tinggi, jadi org segan-segan ayam nak mandi kat situ, atau mungkin jugak keadaan pantainya agak berbahaya kepada pengunjung untuk aktiviti mandi-manda. Namun walaupun tiada aktiviti mandi-manda secara besar-besaran, Batu Burok tetap menjadi pilihan utk mereka yang nak berkelah dan berehat.

Nama Batu Burok

Diriwayatkan asal nama Batu Burok ni berasal dari setompok batu besar yang agak 'klasik' (x buruk sangat pun) berada di tengah-tengah pantai tu. Jadi batu tu sebagai tanda nama pantai ini diberi. Batu Burok. Tapi sekarang ni ade lagi ke batu tu ek???? (Nanti saya dapatkan kepastian ye..)

Dengan kedudukan persisir pantainya yang memanjang dan luas, di tambah lagi dengan rimbunan pohon rhu yang melitupi permukaan pasir yang panas, disertakan dengan suasananya yang sentiasa berangin, angin sepoi-sepoi bahasa yang menyamankan, ditambah pulak lagi dengan fasiliti yang cukup lengkap di pantai ini (siap ada KFC, A&W, Gerai makan, Kolam Renang, Hotel & Penginapan, Taman Permainan, Menara Ruang Rehat, Trek Jogging, Padang Bola, Padang Bola Pantai, Naik Kuda, Main Layang-layang, Ruang Rehat/Lepak yang luas dan Dataran Pantai yang agak seronok bila berada disitu sambil melihat manusia lalu-lalang..), ia menjadikan Batu Burok pantai paling ramai dikunjungi..


Itulah Batu Burok..

Pantai Teluk Ketapang

In Progresss.....

Pantai Cendering

Cine Ring..

Mungkin cina jual ring mo'o..

In Progress....

Kuala Ibai (Lagoon)


Lagoon

Lebih terkenal dengan nama Lagoon, Kuala Ibai juga antara tempat yang menarik boleh anda kunjungi. Sinopsisnya; Keindahan pantai yang menyamankan dihiasai dengan sebuah masjid yang terapung dipermukaan air... Gabungannya membuatkan mata ini tak puas untuk menikmatinya... Itula Lagoon Kuala Ibai.

Masjid Terapung

Berada antara Cendering (1km) dan Kuala Terengganu (6km), Lagoon Kuala Ibai juga menjadi tumpuan para pelancong dan musafir. Pertama sebab ingin melihat keunikan senibina mengkagumkan/fantastik/brilliant masjid di situ, Masjid Tengku Tengah Zaharah yang terapung dipermukaan air, yang lebih dikenali dengan nama Masjid Terapung. Kedua sebab sambil berhenti solat dapat ,erehatkan tubuh & minda apabila anda menjejakikaki ke sini.. Sambil2 menunggu time nak bergerak anda boleh round mengelilingi Lagoon dulu. Pasti tak jemu mata memandang...



Pantai Kelulut


In Progress...

Rantau Abang; Penyu Menangis Lagi..


Rantau Abang.. Sebut saja namanya, rata-rata antara anda dah tau yg Rantau Abang adalah Pusat Penetasan Telur Penyu.. Di zaman kegemilangannya, iaitu era 60-70an, Rantau Abang adalah menjadi pilihan penyu Belimbing di Laut Cina Selatan mendarat untuk bertelur.. Keadaan pantainya yang curam, menjadikannya medan yang sesuai untuk sang penyu menetaskan telurnya..

Dan dengan kelebihan sang penyu itu, Rantau Abang menjadi pilihan ramai untuk berkelah disini kerana suasana pantai nya juga amat mengkagumkan. Dengan kesediaan chalet & penginapan yang berderet di tepi jalan di sini, ia lagi membuatkan Rantau Abang lokasi pilihan untuk berkelah..

Namun itu dahulu, suatu ketika dahulu sebelum kita belum mengenali apa itu penyu.. Namun selepas tahun demi tahun, didapati penyu semakin tidak menggemari Rantau Abang apabila telurnya kerap dicuri oleh manusia untuk dimakan. Kehadiran umat manusia yg berduyung-duyung pada suatu ketika mungkin membuatkan sang penyu stress dengan keadaan persekitaran ini.. Mungkin kata sang penyu

"Aku datang jauh2 nak bertelur, diaorang ni mari datang tengok pulak.."..


Kepupusan habitat penyu ini amat di tahap yang amat membimbangkan..

Manusia ni pun satu, dh tau penyu tu bertelur jarang2 sekali, yang pergi makan banyak2 telur penyu tu apesal..

Bagi memelihara hidupan penyu yang semakin dipinggirkan ini, pihak kerajaan telah mewujudkan Pusat Penetasan Telur Penyu di Rantau Abang.

Dan kini.. PENYU MENANGIS LAGI...

Kesian sang penyu..

Tanjong Jara

Pantai Teluk Lipat

Pantai Kemasik.. Sentuhan Moden + Semulajadi

Kemasik Kemasik Kemasik

Pantai Kemasik juga merupakan pantai yang sangat unik ciptaanNya.. Kedudukannya di laluan utama ke Kuala Terengganu, menjadikannya sentiasa ramai dengan pengunjung. Di tambah pula keunikan batu besar ditepi pantainya, ini menjadikan Pantai Kemasik antara favourite musafir-musafir yang melalui jalan utama ini untuk berehat..

Kemudahannya untuk di akses juga antara faktor utama ianya menjadi pilihan pengunjung..

Sentuhan Moden

Selain dari keunikan semulajadinya, sentuhan moden oleh PBT tempatan juga menambahkan lagi seri di Pantai Kemasik. Dengan hiasan dan susunan fasiliti yang disediakan, menjadikan Pantai Kemasik begitu seronok dikunjungi..

Batu, alur, ombak, muara dan pohon nyior yang ada menambah lagi rasa untuk anda ke sini buat kali ke seterusnya..

Kemudahan

R&R, Taman Permainan, Trek Jogging & Peralatan Senaman, Wakaf Klasik, Surau, Tempat Rehat, Warung Goreng Pisang & Air Kelapa..

Jom ke destinasi seterusnya.. Pantai Teluk Lipat.. Jom!!
Related Posts with Thumbnails