Saturday, June 19, 2010

Telaga Simpul : Misteri yg Tak Terjawab

Marina Bay

Pantai Telaga Simpul aka Marina Bay terletak di Mukim Teluk Kalong. Pantai ini mempunyai sejarah uniknya yang tersendiri. Di ssatu sudut di pantai ini antara kaki bukit dan pantai, terdapat sebuah perigi usang yang dikisahkan mempunyai seribu misteri. Perigi usang yang dinamakan Telaga Simpul..

Misteri Telaga Simpul

Menurut sejarah, telaga ni digunakan oleh saudagar-saudagar yang melalui kawasan ini untuk mandi, minum serta kegunaan lain (tempat ini merupakan sebuah pelabuhan pada waktu dulu). Ianya wujud sejak 1852. Telaga ini pertama kali dijumpai oleh Abdullah Munshi. Bersebelahan telaga ni, terdapat rumpunan pokok pandan.

Apa yang lebih pelik, kepercayaan pengguna ketika itu adalah mereka yang telah menggunakan telaga ini, mesti menyimpul hujung daun pandan tersebut... Dan ia merupakan pantang larang yg wajib diikut. Dan sekiranya melanggar pantang larang ini, ia akan mengakibatkan malapetaka akan berlaku pada orang yang tersebut.

Dan amalan itu masih dijalankan sehingga sekarang. Mereka yang mengunjungi telaga ini pasti akan menyimpul daun pandan tersebut sekiranya mereka tahu asal usul telaga ini. Namun bukan sebab takut (tapi mungkin juga ada yang simpul sebab takut) tetapi bagi mengikut adat sejarah orang dahulu. Tapi selepas anda menyimpul daun pandan ini, pasti anda akan rasa sangat lega..

Ada juga ura-ura mengatakan telaga ini dahulu, kini dan selamanya didiami oleh sekumpulan makhluk halus.. Sesiapa yang membuat onar di kawasan ini pasti akan mengalami sesuatu yang pelik dalam hidup mereka..

Benarkah semua ini??? atau
Hanya dongeng rekaan orang-orang lama yang mahu melarang anaknya ke sini sebab takut jatuh dalam telaga atau lemas di pantai?? atau
Mungkin juga ada kebenarannya....

Namun sekarang perigi ini telah diupgrade oleh MPK dan menjadikan ia sebagai satu tempat sejarah yang unik untuk dikunjungi. Telaganya telah dipagar dengan konkrit bagi mengukuhkan dinding telaganya..

Bukit

Di sebelah telaga ini terdapat sebuah ukit yang diatasnya ada sebuah rumah api. Rumah api ini adalah sebagai isyarata kepada kapal-kapal yang berlabuh menandakan di sini adalah daratnya. Anda boleh mendaki bukit ini melaui laluan jalan kaki yang disediakan. Dan di atas sana anda boleh menikmati keindahan seluruh Bandar Kemaman dengan sangat jelas tanpa sebarang halangan.. Apa? Anda belum pernah naik?? Takpe lepas ni boleh naik.. :)

Kemudahan

Di sini terdapat pelbagai kemudahan untuk anda berkelah. Tersedia wakaf untuk anda berehat, taman permainan untuk anak-anak anda, surau, tandas dan sangat sesuai bagi mereka yang minat aktiviti memancing. Suasananya yang nyaman sangat-sangat best untuk anda berehat seisi keluarga. Namun di sini anda tidak digalakkan untuk mandi-manda di kawasan ini..

Kera yang Bermain-main

Pada waktu petang, di sini merupakan medan untuk sekawan kera bermain di kawasan ini. Anda blh hadir pd waktu petang dan anda boleh beri makan kat kera-kera disini. Mungkin ianya satu fenomena yang anda belum pernah lalui sebelum ini..

Penginapan

Sekiranya anda dari Bandar Cukai, perjalanan ke sini hanya mengambil masa selama 15minit sahaja. Dan juga 15 minit dari Awana Kijal Resort & Spa. Jadi anda boleh memilih untuk menginpa samada di Bandar Cukai atau di Awana..

Jom kita ke destinasi seterusnya.. Pantai Teluk Kalong. Jom..

*p/s: Anda ada pengalaman menarik di lokasi ini.. Jom sama-sama kongsikan pengalaman anda disini..

No comments:

Post a Comment

Share pengalaman anda di lokasi ini..

Related Posts with Thumbnails