Showing posts with label Riadah. Show all posts
Showing posts with label Riadah. Show all posts

Monday, June 21, 2010

Air Terjun Sekayu


In Progress....

Lata Tembakah

In Progress....

Pulau Kapas


In Progress....

Pulau Redang


In Progress....

Pulau Perhentian


In Progress....

Air Terjun Cemerong.. Tertinggi di Asia


In Progress....

Pantai Bukit Kluang

In Progress...

Pantai Merang

In Progress...

Pantai Air Tawar

In Progress....

Pantai Tok Jembal

In Progress....

Pantai Batu Burok

Batu Burok..

Ini lah pantai paling glemer di Terengganu. Hampir semua orang di Malaysia tahu akan kewujudan pantai ni. Bila sebut je Terengganu, keluarlah nama Batu Burok. Saya pun tak tahu kenapa ia menjadi seglemer itu dalam ranking penduduk di Malaysia ni.. Mungkin sbb Batu Burok terletak paling hampir dgn Bandaraya Kuala Terengganu. Atau mungkin 20-30 tahun lepas pantai lain org tak kenal sangat lagi (sebab takde org nak teroka), dan kemudian hanya Batu Burok yang orng ingat..

Namun apa2 pun Batu Burok adalah antara pantai lama yang masih kekal menjadi tumpuan orang ramai. Keadaan di sini agak berbeza sedikit dengan pantai-pantai lain di Terengganu, sebab Batu Burok lebih menjadi tumpuan untuk mereka berehat dan lepak, maksudnya tidak terlalu fokus kepada aktiviti mandi-manda. Mungkin sebab tumpuan terlalu tinggi, jadi org segan-segan ayam nak mandi kat situ, atau mungkin jugak keadaan pantainya agak berbahaya kepada pengunjung untuk aktiviti mandi-manda. Namun walaupun tiada aktiviti mandi-manda secara besar-besaran, Batu Burok tetap menjadi pilihan utk mereka yang nak berkelah dan berehat.

Nama Batu Burok

Diriwayatkan asal nama Batu Burok ni berasal dari setompok batu besar yang agak 'klasik' (x buruk sangat pun) berada di tengah-tengah pantai tu. Jadi batu tu sebagai tanda nama pantai ini diberi. Batu Burok. Tapi sekarang ni ade lagi ke batu tu ek???? (Nanti saya dapatkan kepastian ye..)

Dengan kedudukan persisir pantainya yang memanjang dan luas, di tambah lagi dengan rimbunan pohon rhu yang melitupi permukaan pasir yang panas, disertakan dengan suasananya yang sentiasa berangin, angin sepoi-sepoi bahasa yang menyamankan, ditambah pulak lagi dengan fasiliti yang cukup lengkap di pantai ini (siap ada KFC, A&W, Gerai makan, Kolam Renang, Hotel & Penginapan, Taman Permainan, Menara Ruang Rehat, Trek Jogging, Padang Bola, Padang Bola Pantai, Naik Kuda, Main Layang-layang, Ruang Rehat/Lepak yang luas dan Dataran Pantai yang agak seronok bila berada disitu sambil melihat manusia lalu-lalang..), ia menjadikan Batu Burok pantai paling ramai dikunjungi..


Itulah Batu Burok..

Pantai Teluk Ketapang

In Progresss.....

Pantai Cendering

Cine Ring..

Mungkin cina jual ring mo'o..

In Progress....

Kuala Ibai (Lagoon)


Lagoon

Lebih terkenal dengan nama Lagoon, Kuala Ibai juga antara tempat yang menarik boleh anda kunjungi. Sinopsisnya; Keindahan pantai yang menyamankan dihiasai dengan sebuah masjid yang terapung dipermukaan air... Gabungannya membuatkan mata ini tak puas untuk menikmatinya... Itula Lagoon Kuala Ibai.

Masjid Terapung

Berada antara Cendering (1km) dan Kuala Terengganu (6km), Lagoon Kuala Ibai juga menjadi tumpuan para pelancong dan musafir. Pertama sebab ingin melihat keunikan senibina mengkagumkan/fantastik/brilliant masjid di situ, Masjid Tengku Tengah Zaharah yang terapung dipermukaan air, yang lebih dikenali dengan nama Masjid Terapung. Kedua sebab sambil berhenti solat dapat ,erehatkan tubuh & minda apabila anda menjejakikaki ke sini.. Sambil2 menunggu time nak bergerak anda boleh round mengelilingi Lagoon dulu. Pasti tak jemu mata memandang...



Pantai Kelulut


In Progress...

Rantau Abang; Penyu Menangis Lagi..


Rantau Abang.. Sebut saja namanya, rata-rata antara anda dah tau yg Rantau Abang adalah Pusat Penetasan Telur Penyu.. Di zaman kegemilangannya, iaitu era 60-70an, Rantau Abang adalah menjadi pilihan penyu Belimbing di Laut Cina Selatan mendarat untuk bertelur.. Keadaan pantainya yang curam, menjadikannya medan yang sesuai untuk sang penyu menetaskan telurnya..

Dan dengan kelebihan sang penyu itu, Rantau Abang menjadi pilihan ramai untuk berkelah disini kerana suasana pantai nya juga amat mengkagumkan. Dengan kesediaan chalet & penginapan yang berderet di tepi jalan di sini, ia lagi membuatkan Rantau Abang lokasi pilihan untuk berkelah..

Namun itu dahulu, suatu ketika dahulu sebelum kita belum mengenali apa itu penyu.. Namun selepas tahun demi tahun, didapati penyu semakin tidak menggemari Rantau Abang apabila telurnya kerap dicuri oleh manusia untuk dimakan. Kehadiran umat manusia yg berduyung-duyung pada suatu ketika mungkin membuatkan sang penyu stress dengan keadaan persekitaran ini.. Mungkin kata sang penyu

"Aku datang jauh2 nak bertelur, diaorang ni mari datang tengok pulak.."..


Kepupusan habitat penyu ini amat di tahap yang amat membimbangkan..

Manusia ni pun satu, dh tau penyu tu bertelur jarang2 sekali, yang pergi makan banyak2 telur penyu tu apesal..

Bagi memelihara hidupan penyu yang semakin dipinggirkan ini, pihak kerajaan telah mewujudkan Pusat Penetasan Telur Penyu di Rantau Abang.

Dan kini.. PENYU MENANGIS LAGI...

Kesian sang penyu..

Pantai Teluk Lipat

Pantai Kemasik.. Sentuhan Moden + Semulajadi

Kemasik Kemasik Kemasik

Pantai Kemasik juga merupakan pantai yang sangat unik ciptaanNya.. Kedudukannya di laluan utama ke Kuala Terengganu, menjadikannya sentiasa ramai dengan pengunjung. Di tambah pula keunikan batu besar ditepi pantainya, ini menjadikan Pantai Kemasik antara favourite musafir-musafir yang melalui jalan utama ini untuk berehat..

Kemudahannya untuk di akses juga antara faktor utama ianya menjadi pilihan pengunjung..

Sentuhan Moden

Selain dari keunikan semulajadinya, sentuhan moden oleh PBT tempatan juga menambahkan lagi seri di Pantai Kemasik. Dengan hiasan dan susunan fasiliti yang disediakan, menjadikan Pantai Kemasik begitu seronok dikunjungi..

Batu, alur, ombak, muara dan pohon nyior yang ada menambah lagi rasa untuk anda ke sini buat kali ke seterusnya..

Kemudahan

R&R, Taman Permainan, Trek Jogging & Peralatan Senaman, Wakaf Klasik, Surau, Tempat Rehat, Warung Goreng Pisang & Air Kelapa..

Jom ke destinasi seterusnya.. Pantai Teluk Lipat.. Jom!!

Saturday, June 19, 2010

Pantai Penunjuk, Kijal ; Gold Coast Malaysia

Keunikan yang Tersendiri

Pantai Penunjuk yang terletak di Kijal juga antara pantai yang sangat indah untuk anda kunjungi..

Keunikan susunan batu-batunya menjadikan pantai ini mempunyai keunikan pada kelasnya yang tersendiri.. Di waktu pagi, bagi mereka yang mementingkan penjagaan 'tenaga', anda boleh berjemur di atas batu di Pantai Penunjuk ini sambil di sinari cahaya matahari pagi.. Dan anda akan menikmati suasana yang berbeza ketika air pasang & air surut. Kepuasannya pasti tidak dapat anda tukar dengan wang ringgit..

Pantai Pilihan Penggambaran

Pantai ini juga kerap kali menjadi pilihan sesi pergambaraan diadakan.. Samada pegambaran filem, drama, iklan komersil dan tidka terlepas juga sesi fotografi perkahwinan.. Pasti ianya menjadi memori terindah bagi anda yang bergelar pengantin baru.. Bagi anda yang tak sempat bergambar kat sini, anda bolehlah tempah baju pengantin kat mana-mana, dan anda ambik la gambar anda berdua banyak-banyak kat sini.. :)

Mandi-manda di Pantai

Di pantai ini juga anda boleh mandi-manda bersama keluarga. Namun seperti biasa, anda perlu berhati-hati sewaktu ombak dan angin kuat ketika mandi di sini. Ini kerana kadang-kadang berlaku arus yang menarik pasir ke laut..

Jom kita ke destinasi seterusnya... Pantai Kemasik.. Jom!!!

*p/s: Anda ada pengalaman menarik di lokasi ini.. Jom sama-sama kongsikan pengalaman anda disini..

Teluk Kalong: Pantai Panjang yang Mengkagumkan

Teluk Kalong Yang Mengkagumkan

Pantai Teluk Kalong terletak hanya beberapa minit dari Pantai Telaga Simpul (20 minit dari Bandar Kemaman).

Ia merupakan sebuah pantai pilihan kerana keadaan pantainya yang panjang dan mendatar.. Banyak aktiviti terutamanya oleh Badan-badan Kerajaan diadakan disini kerana kemudahan sedia ada dan fasiliti yang disediakan..

Meriah & Selamat

Kedudukannya yang dekat dengan perkampungan juga menjadikan ia antara pantai yang selamat dan meriah. Di sini juga sangat sesuai untuk anda berjogging di sepanjang pantai.. Tapi kalau untuk mandi-manda berjaga-jaga dengan arusnya ketika ombak & angin kuat.. Mandi kat birai-birai dia dah..

Suasana Malam Yang Mengasyikkan

Pada malamnya apabila bulan mengambang, suasana di pantai ini sangat mengkagumkan. Sekali tengok macam tak percaya ianya adalah sebuah tempat di Malaysia, apa lagi di Terengganu.. Sekiranya anda adalah peminat photographer, jangan lepaskan peluang untuk snap beberapa view menarik di pantai ini..

Selamat meneroka Teluk Kalong...

Sekarang kita terus ke Pantai Penunjuk Kijal.. Jom!!!

*p/s: Anda ada pengalaman menarik di lokasi ini.. Jom sama-sama kongsikan pengalaman anda disini..
Related Posts with Thumbnails