Monday, June 21, 2010

Kuih Tradisional

Net Bat

Dulu Kini dan Selamanya.....

Kuih tradisi zaman berzaman. Net Bat ataupun Nekbak.. Saya pun tak tahu macamana ejaan sebenarnya.. Tp sebutannya gitu la bunyinya, Nekbak.

Nekbak menjadi tradisi kuih tradisional di Terengganu. Ia hanya dijumpai pada bulan puasa sahaja (bulan lain ade jugak tp susah la nk dapat).. Tp time bulan puasa, fuh nekbak akan menjadi rebutan ramai..

Bayangkan kat kg saya shj, selang sebuah rumah mesti ada tokey nekbak.. Termasuk la kedua-dua Nenek (Tok) belah Mak & Ayah saya pada suatu ketika dahulu.. Waktu tu saya jadi tukang 'epuk' telur sebelum diletak atas sarang dia.. Sekarang diaorg dh uzur, xleh nk buat nekbak doh..

Namun yang menjadi persoalannya, kenapa kebanyakan golongan muda masa kini tidak menggemari akan nekbak ini???

Adakah arus kemodenan telah meneggelamkan keglemeran nekbak?
atau..
Adakah citarasa nekbak hanya untuk kaum yang sezaman dengannya?
atau..
Adakah orang sekarang kurang makan makanan manis-manis (jaga kesihatan konon)??
atau..
Adakah nekbak diboikot di atas glemernye yang tersendiri??
atau..
Adakah ????

Walau apa pun jawapannya, walau sebesar manapun kontroversi nekbak ini, bila tiba time puasa je mesti saya pergi cari jugak walau sesuap 2... Huhu..

Itulah penangan nekbak..

Untuk anda yg belum pernah cuba nekbak, boleh la datang ke Terengganu waktu bulan puasa. Tp time tu nekbak hanya dibenarkan makan pada waktu berbuka dan malam sahaj. Siang hari tidak dibenarkan..

Ok, sekian sahaja salasilah Nekbak..

Tradisi yg Kontroversi..

No comments:

Post a Comment

Share pengalaman anda di lokasi ini..

Related Posts with Thumbnails